Pelancaran NILAM

PENGENALAN

 

NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

Matlamat utama program ini ialah membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar. Program ini mempunyai beberapa objektif secara umum iaitu menjadikan murid banyak membaca dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM ialah rekod membaca, pengesahan pembacaan dan seterusnya pengiktirafan. Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM. Guru Kelas atau lain-lain yang diberi kuasa mengesahkan rekod bacaan pelajar. Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

Majlis Perasmian Pelancaran Nilam bagi tahun ini telah diadakan dengan jayanya pada 16 Januari 2012 melibatkan semua pelajar sesi pagi. Majlis yang menjadi acara wajib setiap tahun ini mempunyai beberapa rangka objektif yang lebih spesifik untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Di antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun bagi program Nilam 2012 iaiah Kempen Menderma Buku, Pertandingan sudut Nilam, Kuiz Bestari, Gerakan Membaca, Program Rakan Pembaca, Lawatan dan Kem Nilam.

LAPORAN

Nama Aktiviti: Majlis Pelancaran Nilam 2012
Tema Pelaksanaan Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Anjuran Pusat Sumber SMK Seksyen 7
Tarikh 16.01.2012
Masa 07.45 pagi – 08.05 pagi.
Tempar Dataran Alawiyah SMK Seksyen7,Shah Alam.
Penglibatan Semua pelajar SMK Seksyen 7
Objektif
  1. Menghargai para pelajar yang mempunyai minat suka membaca.
  2. Menggalakkan para pelajar menanam tabiat suka membaca.
  3. Menggalakan para pelajar berkongsi maklumat dan pengetahuan.
  4. Menggalakkan para pelajar menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.

LAPORAN

LAPORAN ATURCARA

 TENTATIF PROGRAM

 

Masa

Agenda

Laporan

Tindakan

7.30 – 7.40 pagi Acara majlis perhimpunan rasmi bermula.Bacaan DoaNyanyian Lagu Negara Ku, Lagu Negeri SelangorIkrar Murid Dan Ikrar Rukun Negara Nyanyian lagu negaraku dan lagu Negeri Selangor berjalan dengan lancar Semua warga sekolah
7.40 – 7.45 pagi Ucapan S/U Nilam Pn Hjh Siti Rauzani bersedia dengan teks ucapannya.Agenda berjalan seperti yang dirancang. Pn Hjh Siti Rauzani bt Mohd Hafizuddin
7.45 – 7.55 pagi Ucapan Perasmian oleh Pengetua. Pengetua menggalakkan pelajar supaya tanamkan minat membaca tidak kira di mana kita berada dan mengaitkan amalan membaca dengan contoh-contoh tertentu. Pn Hjh Salehah bt Mohd Amin
7.55 – 8.00 pagi Perasmian Nilam Pengetua memotong reben bagi mempamerkan banner yang tertulis “Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya” Pn Nik Noor Samihah
8.00 – 8.05 pagi Penyampain Mock Cheque untuk tokoh NILAM 2011 Mock Cheque telah disampaikan oleh Pengetua kepada Tokoh Nilam 2011 iaitu Siti Zulaikha binti Zulkifli. Pn Hjh Salehah bt Mohd Amin
8.05 – 8.10 pagi Persembahan Seorang pelajar yang merupakan Rakan Pembaca membuat Ulasan Buku berajuk “Jangan Sebut Namaku” di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Syed Mohd Nursyazani (5SC1)

LAPORAN KEWANGAN

  Pendapatan Program :

Bil

Sumber

Jumlah

1 Dana PSS RM    250.00
Jumlah RM    250.00

  Perbelanjaan Program


 Bil

Aktiviti

Perbelanjaan

Jumlah

1 BuntingBANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

-

-

2 Dokumentasi RM    10.00 RM       10.00
3 Hadiah Tokoh Nilam 2011 RM   200.00 RM      210.00
Jumlah RM    210.00

 

 Baki di akhir Majlis:

RM 250.00 – RM 210.00 = RM40.00

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s